PROGRAM - PELANCARAN SKUAD AN-NUR WILAYAH
PERASMI - YB Dato' Sri Tajuddin Bin Abdul Rahman
(TIMBALAN MENTERI PERTANIAN)
HARI - SABTU
HARI - SABTU
TARIKH - 8HB NOVEMBER 2014
MASA - 8.00 PAGI
TEMPAT - MASJID AMANIAH KEPONG
KUALA LUMPUR, 18 Jul – Pergerakan Wanita UMNO Malaysia hari ini melancarkan Skuad An-Nur yang telah disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.
Menurut ketua pergerakan tersebut, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, penubuhan skuad ini adalah untuk menyahut seruan Presiden UMNO untuk meningkatkan program dari segi keagamaan.
Sebenarnya jelas Shahrizat, program keagamaan amat sebati dengan Pergerakan Wanita sejak penubuhannya lagi. Cuma jelasnya, dengan penubuhan skuad ini segala program keagamaan akan lebih teratur sehingga ke peringkat akar umbi.
“Saya berharap, penubuhan skuad An-Nur ini akan memberi nur yang lebih kepada negara seterusnya rakyat. Kita akan turun padang untuk memberi penjelasan mengenai skuad ini.
“Saya juga berharap skuad ini akan menjadi pengantara yang baik kepada orang Islam dengan Islam dan orang Islam dengan bukan Islam.
“Ini memandangkan, sejak kebelakangan ini terlalu banyak pihak tidak bertanggungjawab yang menggunakan agama Islam secara negatif. Ini amat membimbangkan saya,” ujarnya semasa berucap di majlis pelancaran skuad tersebut di Masjid Wilayah.
Selain itu jelas Shahrizat, melalui skuad An-Nur ini juga masej yang ingin disampaikan oleh kerajaan akan dapat disampaikan dengan lebih berkesan ke peringkat akar umbi di samping skuad ini bakal menjadi mata dan telinga suara akar umbi untuk memberi maklum balas kepada kerajaan.- MediaUMNO
No comments:
Post a Comment